Sabtu, 21 Januari 2012

Sebulum pi Bukit Merah

Selamat Pagi semua... Awalnya sya tulis kan???Boring sangat sekarang sebab semua org tengah tidur. Anyway, hari ni kami nak pi waterpark kat Bukit Merah. Bukannya bukit tu warna merah, namanya je...

Semalam, kami punya makcik ngan sepupu dua org datang tidur kat rumah sebab nak ikut pi bukit merah. Esok kami nak pi balik kampung jumpa opah (nenek) kami. Entah kenapa tapi memang itu sebabnya kami pindah sini. Supaya kami dapat selalu jumpa beliau.

Hmm... Boring juga sekarang sebab semua tengah tidur. Husna punya pasallah ni. Tengah malam semalam selepas tengok movie, Kami nak tidur. Sebab x muat dlm bilik kami jadi beberapa org tidur depan. Si Husna tidur depan pastu tiba2 mau tidur dlm bilik. Lepastu mau kat depan pula. Boleh kata dah beberapa kali dia ber"hijrah" dari depan ke bilik. Jadi kami kata nanti x boleh ikut kalau x tidur jadi dapat juga dia berhenti. Selepas semua org tidur, dia pi tidur kat depan. Sya tengah separuh sedar waktu tu. Akhirnya, dia betul2 dah tidur...

Okeylah, sya nak berhenti sekarang. Tadaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan