Jumaat, 27 Januari 2012

ALAMAK!!!!!

Alamak!Alamak! Okey, bertenang dulu. Fuh...Fuh... Ok, korang mesti nak tau kenapa sya panik. Kalau ada yg buka FB, mungkin korang tau kenapa (Banyak orang asyik taip di FB jadi sya punya sebab nak panik sudah lama jadi "harta karun"). Alah, Sya tak pi skool ni. Dah nak sebulan... :(

Skool yg mak sya pilih tu skool cluster. Excellent punya skool tu. Mesti diorang cepat masuk topic lain. Uwaaa... Jenuhlah sya mau catch-up nanti. Harap2 minggu ni mereka cuti 1 minggu terus 4 Chinese New Year.

Okeylah, sya dah penat meraung dan meratap nasib(konon :P ). Tadaa...

Sabtu, 21 Januari 2012

Sebulum pi Bukit Merah

Selamat Pagi semua... Awalnya sya tulis kan???Boring sangat sekarang sebab semua org tengah tidur. Anyway, hari ni kami nak pi waterpark kat Bukit Merah. Bukannya bukit tu warna merah, namanya je...

Semalam, kami punya makcik ngan sepupu dua org datang tidur kat rumah sebab nak ikut pi bukit merah. Esok kami nak pi balik kampung jumpa opah (nenek) kami. Entah kenapa tapi memang itu sebabnya kami pindah sini. Supaya kami dapat selalu jumpa beliau.

Hmm... Boring juga sekarang sebab semua tengah tidur. Husna punya pasallah ni. Tengah malam semalam selepas tengok movie, Kami nak tidur. Sebab x muat dlm bilik kami jadi beberapa org tidur depan. Si Husna tidur depan pastu tiba2 mau tidur dlm bilik. Lepastu mau kat depan pula. Boleh kata dah beberapa kali dia ber"hijrah" dari depan ke bilik. Jadi kami kata nanti x boleh ikut kalau x tidur jadi dapat juga dia berhenti. Selepas semua org tidur, dia pi tidur kat depan. Sya tengah separuh sedar waktu tu. Akhirnya, dia betul2 dah tidur...

Okeylah, sya nak berhenti sekarang. Tadaa...

Isnin, 16 Januari 2012

Blog Berwajah Baru!!!!

Hai... sekarang blog sya sudah berwajah baru. Semuanya serba purple. Mestilah purple sebab sya suka purple. Hehehe... Welcome to the Purple Blog , everybody!!! Apalah sya ni, blog tukar wajah pun nak kecoh. :P Merapu, merapu... Apapun, all the best 4 everybody! Tadaa..

Selasa, 10 Januari 2012

Not yet in skool

Hai... Sya rasa sya sorang ja yg sya tahu x pi skool. Bagi korang mungkin best x payah pi tp sya BOSAN duduk kat rumah.

Kan kami ni baru pindah jadi nak kena tunggu surat kebenaran sya diperiksa. Dahlah guru nya datang lambat. Minggu kedua baru datang... Belum pasti masuk skool tu jadi pi PPD nak dapat surat tawaran sementara. Lamanya menunggu. Orang lain sudah pi orientasi sya duk di rumah jaga adik la jawabnya.

Okeylah sya dah tiada apa nak cerita... Tadaa...